Hukum Azan & Iqamah

         Azan dan iqamat merupakan lafaz khusus atau pun zikir yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah. Selain itu, azan dan iqamat bukan sahaja sebagai satu pemberitahuan bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat, malah azan dan iqamat juga dilaungkan selepas bayi dilahirkan, ketika menghadapi bencana mahupun ketika gangguan jin atau syaitan. Pendek kata, azan dan iqamat ialah kalimah untuk memohon rahmat, berkat serta kekuatan, kesyukuran dan yang paling penting, ianya merupakan syiar umat Islam. Buku ini perlu dimiliki kerana  ia menyentuh isu dan hukum berkaitan azan serta iqamat secara terperinci, menukilkan pendapat-pendapat ulama secara ilmiah, menjawab permasalahan yang berkaitan dengan azan serta iqamat dan memberikan panduan berguna bagi para muazin.

MUTIARA KATA ILMU




beautiful waterfall pictures
Aliran ilmu umpama aliran air. Air akan sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu ilmu, perlu “ditakung” dengan hati yang merendah diri. Semakin tawaduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki dan diwarisinya.

Kata Luqman Al Hakim ketika ditanya bagaimana dia mendapat hikmah? Dia menjawab, “aku belajar hikmah daripada orang yang dungu. Jika dia melakukan sesuatu, maka aku tidak akan melakukannya.”


Manakala rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin belajar terasa semakin banyak perkara yang tidak diketahui.Inilah sifat sejati orang berilmu.(Sumber : NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR : USTAZ PAHROL MOHD JUOI )

MUTIARA KATA

"Orang yang mendapat ilmu pengetahuan hanya bagi kebaikan dunia sahaja , ilmu pengetahuannya itu tidaklah berakar ke hatinya." (Imam Abu Hanifah)

"Aku menuntut ilmu hingga aku masuk ke lubang kubur".(Imam Hambali)

"Orangb yang tidak menyukai ilmu tidak ada kebaikan kepadanya".(Imam Syafie)

"Sebagaimana alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.(Lukmanul Hakim)

"Salah satu tugasagama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu, melatih diriberfikir dan merenungkannya."(Hamka)

"Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya. Tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami. Tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya." (Ali bin Abi Talib)

"Ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi saat rasa hati ingin untuk belajar." (Abu Fakar)

"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu." (Imam Syafie)

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

HADIS


"Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntuit ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya."(Riwayat Abu Daud & Tirmizi)



"Apabila anak Adam (manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)

"Tidak boleh ada cita-cita untuk mendapatkan nikmat seperti orang lain kecuali dalam dua hal iaitu, terhadap seseorang yang dikurniai harta oleh Allah kemudian ia pergunakan untuk membela kebenaran dan terhadap seseorang yang dikurniai ilmu pengetahuan kemudian ia mengamalkan dan mengajarkannya."(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu pengjukum(hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan."(Sayidina Ali bin Abi Talib)

"Jadilah dirimu orang yang alim(berilmu) atau orang yang selalu menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajian atau orang yang mencintai ketiga-tiga golongan itu. Dan jangalah engkau jadi golongan kelima kerana dengan itu engkau akan binasa." (Riwayat al-Bazzar)

"Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu itu mendekatkan diri kepada Allah dan mengajarkannya kepada orang lain adalah sedekah.Sesungguhnya ilmu pengetahuan meletakkan seseorang pada kedudukan terhormat dan mulia. Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.(Riwayatal-Rabii')

"Sesungguhnya memperoleh ilmu hanya dengan belajar". (Riwayat Bukhari)


AL-QURAN

Katakanlah (wahai Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (QS Az Zumar: 9)

"Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahwa (Al-Qur'an) itu benar dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan hati mereka tunduk kepada-Nya. Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." (Q.S. al-Hajj [22]: 54)

 Dan katakanlah, Ya Tuhanku tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (QS. Thoha : 114)


495 KEMUSYKILAN TERUNGKAI ANDA BERTANYA ISLAM MENJAWAB



495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab
Penulis: Prof. Dr. M. Mutawalli Asy-Sya'rawi
Terbitan: Inteam
Harga: RM35.00

KHALIFAH ZUHUD UMAR BIN ABDUL AZIZ



Buku ini mendiskusikan sejarah dan rantaian perjalanan hidup Khalifah Umar selain memaparkan corak pemerintahan beliau pada zamannya. Selain itu, buku ini turut merungkai kepekaan serta sensitiviti beliau terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Dapatkan buku ini bagi usaha memahami dan mempelajari ciri-ciri kepimpinan terpuji yang sewajarnya ada bagi seorang pemimpin terbaik di dunia dan di Akhirat.

Kod Produk : PSN1004

Judul          : Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz
Harga         :RM20.00

SUAMI YANG TERUJI




Para suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya. Jika pincang kepimpinannya maka runtuhlah mahligai rumah tangga yang dibina. Pada pundaknya terpikul tanggungjawab yang maha berat untuk memastikan ahli keluarga yang dipimpin berada di jalan Allah. Justeru, tidak sedikit ujian yang perlu ditempuh oleh setiap kaum Adam yang bergelar suami


GB0175 Suami Yang Teruji
RM20.00

BERDUA LEBIH BAIK


Baik wanita mahupun lelaki, apabila sudah sampai seru maka diri akan mula menghitung dan mencari pasangan hidup kerana hidup berdua tentunya lebih bererti. Namun, ada kalanya pasangan hidup sukar ditemui biarpun diri bukan terlalu memilih. Berdua Lebih Baik merungkai rahsia menarik jodoh bagi diri yang belum ketemu pasangannya

BERSYUKUR SAAT DIUJI



Saya seolah-olah berhadapan satu sama satu dengan Allah SWT. Hanya Dia dan saya. Ia perasaan yang memang dinanti-nanti. Perasaan yang sudah terpisah buat beberapa ketika. Air mata membasahi pipi. Gugurnya bukan dipaksa-paksa. Bagi saya, ia bukan satu tangisan tetapi rasa sebak dan syadu seorang insan lemah dan daif mengadu kepada Allah, pengharapan tunggal yang menjadi milik saya.

Benarlah Allah itu sangat hampir. Usai berdoa, saya kesat air mata yang tidak seberapa. Saya pandang Roza yang juga tersedu. Ketika mata kami bertentangan, terukir senyum di bibir. Emosi kami bertukar. Allah ya Allah, serta merta Dia hilangkan rasa gundah-gulana. Sesaat kami berdukacita, pada saat yang lain dihilangkan rasa tersebut. Bagaimana perasaan sebenar hanya Allah yang tahu. Ia rasa yang dicipta-Nya.

Namun di mana kami mahu bermula? 



INGIN MENJADI PENULIS ?





Kod Produk : TBBK1217


Ingin Menjadi Penulis
Harga : RM12.00

CINTA KERANA ALLAH




Cinta bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi cinta adalah amanah dari Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurnia daripada Allah Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu dengan berkata kepada kekasih hatimu, "aku cinta kepadamu kerana Allah!".


Kod Produk : TBBK1216
Cinta Kerana Allah
Harga : RM30.00